pls help me...tolong2

Tuesday, March 15, 2011

HARGA SEBUAH KEMAAFAN


Saya merasakan bahawa perkara yang paling mahal saya terpaksa bayar dalam perjalanan ini adalah sebuah perpisahan. Membayarnya adalah sesuatu yang sangat menyedihkan...


Seseorang itu sepatutnya bersedia, redha, sabar di saat hati yang dihiris dengan kesedihan


Kita selalu lupa bahawa setiap orang yang teleha menambah nilai erti kehidupan kita akan berakhir. Mereka akan pergi meninggalkan kita atau kita jua akan berjauhan meninggalkan mereka..


Hari ini kite telah menjadi seseorang kerana mereka. Kite telah menemui pelbagai ragam manusia yang mungkin menyakitkan dan mungkin juga menggembirakan. Kite telah pelajari sebuah kehidupan sebenar.


Adakah kite berterima kasih kepada mereka yang pernah menambah asam garam dalam resepi kehidupan kita?


Kita seringkali mendengar "manusia tak pernah lari dari buat kesilapan", untuk kita sentiasa akui bahawa setiap orang mengaku ketidak sempurnaan dirinya...


Frasa itu juga mengajar kita bahawa "manusia belajar dari kesilapan", walaupun yang membuat kesilapan itu daripada orang yang lain...


Adakalanya kita rasa sakit hati atas perbuatan seseorang itu. Mungkin sakitnya hati itu tidak dirasai oleh orang yang menyakiti atau mungkin dia juga disakiti..


Namun kita tidak sedar bahawa dia mungkin pernah mengajar kita erti kehidupan lebih banyak dari apa yang dia sakitkan hati kita. Mengapakah kita terlalu keras hati sehingga TERLALU MAHAL harga kemaafan kita?


Tak mahu bertanya sapa, tak mahu mendekati, tak mahu itu dan tak mahu ini....


Alasannya kerana mungkin kita terlalu sayangkan hati kita? Kuat merajuk? Mungkin!


Mengapakah seseorang itu merumitkan lagi masalah dengan tidak memaafkan? Sedangkan, lebih mudah menghabiskan cerita yang rumit itu dengan memaafkan?


Kita sebenarnya telah membayar harga yang lebih mahal kerana itu


Iaitu dengan memendam sakit hati, berpisah dan dendam - hanya kerana enggan memaafkan...


Kita bakal lagi akan diuji dengan pelbagai lagi ragam manusia


Tetapi kita tentu akan tenteram jika kita memaafkan kesilapan mereka.


Usah merumitkan lagi cerita jika penyelesaiannya hanya dengan membayar sebuah kemaafan andai mereka pernah menjadi rakan, kenalan, keluarga atau orang istimewa dalam hidup kita


MAAPKAN SAHAJA







No comments: