pls help me...tolong2

Monday, February 20, 2012

TAMAT

T-A-H-N-I-A-H


da terjawab kan pertanyaan kita selama 4 bulan
da terlerai suma soalan kita kan
biar ape pun jawapan
baik awk mahupun saya
kita kena redha
kadang2 benda yang kita tak nak
akan jadi benda yang paling kita perlukan suatu hari
kadang2 benda yang kita rasa benda yang menyusahkan kita
akan jadi benda yang akan tolong kita kemudian hari


jangan pernah kesal dengan keputusan awak
itu adalah sebaik2 keputusan yang boleh awk buat
kalau saya di tempat awak keputusan sama juga akan saya buat
jangan pernah menyesal
jangan pernah rasa sedey
semuanya dah di depan mata
terima dan redha itu terbaik buat kita

saya tahu
berat untuk awak
malah berat lagi untuk saya
tapi biar apa pun kesan nya
hanya masa penyembuhnya

terima seadanya
terima seikhlasnya
mungkin sekarang tidak
tapi cuba belajar
insyaallah yg kekok
akan bertukar menjadi biasa

saya bangga dengan keputusan awak
awak da buat keputusan untuk masa depan awak
di luah mati mak
di telan mati bapak
itu agaknya rasa awak
tp jgn risau awak
macam sy ckp itu keputusan paling baik


kalau di tanya sedih
memang sedih tukar jd pedih
kalau di tanya susah
memang susah tukar jd sukar
biar ape pun kemungkinan
kita boleh lalui


sabtu 18/2/2012 3.38petang
x mungkin saya lupa
x mungkin luput dr hidup saya


maap bukan saya x nak selesaikan
cuma belum cukup kuat berdepan
biar kaki melangkah laju
tp hati tetap berpaksi pd yg dulu


harapnya keputusan awak membawa sinar baru hidup awk
harapnya keputusan awk membawa kejayaan dalam hidup awk
saya tetap saya mendoakan kejayaan awak
pergi dengan tenang
pergi dengan damai
kerana damai kita aman


regards'
ayunie ayob

Wednesday, December 21, 2011

dia....

dia makin berisi...tp badannya tetap kering keding....

dia makin ceria...tp muka tetap x cerah....

mungkin dia kini bahagia

tp aku pula terlena

mungkin dia kini gembira

tp aku pula derita

mungkin dia kini da jumpa si cinta

tp aku pula idup dlm kisah lama...


hari bawa aku jauh

jauh dari kisah semalam

agar aku idup dengan tenang


Sayang mau aku buang jauh

tapi aku sendiri rapuh


andai dia bahagia

doaku ianya tetap milik dia

sedih itu tetap milik aku

^.^

Saturday, December 10, 2011

T.I.D.A.K

jangan pernah jadi manusia penipu

jangan pernah jadi manusia hipokrit

jangan pernah mencurangi persahabatan

jangan pernah menghancurkan kasih sayang

hanya kerana TERPAKSA


jangan pernah cakap suka kerana takut ada luka

jangan pernah cakap sayang kerana takut hilang

jangan pernah cakap tak apa kerana takut ku berduka

sebaliknya ucapkan

T.I.D.A.K

agarku tahu aku salah

agarku tahu aku sumbang


Harapnya persahabatan tetap utuh

biar perasaan kadang2 tak kukuh


Sayang aku untuk kalian tak pernah pudar

kasih aku untuk kalian tak pernah luntur

dan cinta aku untuk kalian semakin segar


Terima kasih untuk masa, tenaga dan segalanya

Kalian tetap di hati sang pencerita



Friday, October 28, 2011

peluang kedua

peluang kedua takkan sama dengan ngan yang asal


biar kau nafi salah mu

biar kau tepis salah mu

salahmu tetap salah mu


peluang kedua takkan mengembalikan waktu asal

biar kau penat melaung

biar penat kau bersorak


jangan pernah megah pada nama

seolah gagah pada nama

tapi kalah pada rasa.....

Wednesday, October 5, 2011

i'm proud of u babe

bangun pagi

hari rasa indah

diri rasa segar

sebab tu mandi kul 12 tengahari

angkat tangan

panjatkan doa masih diberi sebuah kehidupan


Hati rasa gembira

Hati rasa gembira

X tahu entah kenapa

Rupanya ada perkabaran gembira

ADIK

owg bangga ngan adik

owg hepi untuk adik

x sabar owg nk tgk adik t

owg rasa gembira x terhingga


Alhamdulillah

Air mata mama tumpah kegembiraan pagi ni

Papa tersenyum berbunga bangga

and of course

Owg melompat2 coz x sangka


Tapi adik igt kan

Malam2 kita bisik2

Malam2 kita borak2

Perihal masing2


Owg penah ckp ngan adik kan

Walau berat macam mana dugaan

Pasti Allah sulami jugak dengan kegembiraan

Jangan Isau idup adik masih panjang

Idup adik masih jauh

Baru sedikit rintangan adik tempuh

Banyak lagi akan mendatang


Tapi owg tahu

Adik tabah n adik kuat

Sebab tu jugak owg support adik


Adik jgan risau

Adik x pnh sorang

Kami ttp ada di belakang adik

Susah senang adik kami tetap ada


Hari ini adik dah bawak kegembiraan

Hari ini adik dah bawak senyuman

Terima kasih untuk itu

Tak sabar nk peluk adik

Tak sabar nk ucap tahniah kat adik

Tak sabar nk cium pipi adik......


Adik....

sungguh owg rindu gile nk gossip2 ngan adik

sungguh owg rindu gile nk borak2 ngan adik

sungguh owg rindu gile nk gelak2 ngan adik

sungguh satu rumah rindukan adik



Puisi untuk adik


Duhai adik..
Kelmarin aku lihat engkau
leka bermain di lumpur sejuk
mengisi kekosong dalam diri
hujungnya entah belum pasti

lantas aku menasihatimu
lumpur itu lumpur noda
yang sarat dengan sia
saki baki kehidupan nista

Duhai adik..
datanglah ke sini
sambutlah tanganku
yang ku hulur ikhlas buatmu
ya.. tangan ikhlas buatmu

Di sini tapak yang hangat
tidak lagi berbau paya
yang ada aku sediakan
sofa empuk untuk adik

Duhai adik..
Mengapa engkau masih di situ
Bermandi lumpur kotor
yang menenggelam dan melemaskanmu
yang kelak merosakkanmu

Kau kata kau kotor
selayaknya duduk di situ
kerna jika kau naiki
akan mencemar sejadah suci

Duhai adik..
Suatu masa dahulu
Aku juga seperti engkau
berada di tengah lumpur itu
tiada tahu jalan keluar

Saat itu menyesakkan
Kiri kanan tiada berdaya
Menanti dirosakkan masa
oleh hawa mengasyikkan

Duhai adik
Tahukah engkau akan hidayah?
Kurniaan Ilahi sangat indah
Namun sayang tidak diendah
dihasut nafsu kian melelah

Tangan ini bukan sentiasa
Kerna aku hanya manusia
fitrah diri datang dan pergi
menurut sunnah takdiran Rabbi

Duhai adik..
Aku masih di sini
di atas tebingan teduh
duduk bersimpuh
menghulurkan tangan

sumpah sy rindu wajah comel ini


sumpah saya rindu sentuhan itu


sumpah saya rindu senyuman ini

Friday, September 23, 2011

TerImA kAsIh TeMan



dalam menyusuri kehidupan sebagai insan

terlalu banyak rintangan dan dugaan perlu dilalui

bertitik dari sendiri mahupun orang sekeliling

tapi itu kalam Allah

semua manusia akan diuji

Tapi Alhamdulillah dalam melewati

hari-hari dalam kehidupan

diri ini x pernah bersendiri

ada saja menghulur tangan

memikul beban bersama


Syukur Ya Allah

Kau kurniakan aku

insan-insan yang sentiasa ada

saat2 aku jatuh dan tersungkur

Ku panjatkan doa buat mereka

Agar jasa dan budi mereka dibalas di sana...


Buat family tersayang

terima kasih untuk sebuah kehidupan

sungguh diri ini kenal erti kasih sayang dari kalian

terima kasih juga untuk ruang membaiki diri

terima kasih juga kerana menjunjung namaku

saat ramai yang mncaci dan membenci


Buat anda insan kesayangan

Kawan merangkap kawan saya EMA

Terima Kasih kerana menerima diri ini menjadi sebahagian diri kamu

Terima kasih kerana menampung diri takkala tenggelam

dan Terima Kasih untuk sebuah perkenalan

Sesungguhnya diri ini teramat bersyukur kamu hadir dalam diri ini


Buat insan baru CIK IDA

Terima kasih kerana mengajar saya ape itu makna sayang

Terima kasih kerana mengajar saya ape itu cinta

Tapi sejujurnya diri masih perlukan kekuatan untuk itu

Dan terima kasih untuk sebuah pengenalan dan juga kasih sayang


Buat CIK EMA & CIK IDA

Terima Kasih untuk semuanya

Sesungguhnya diri ini amat menghargai

Kehadiran kalian dalam diri ini

SAYA SAYANG KAMU


CIK EMA COMEY

CIK IDA

Saturday, September 17, 2011

bercakap tentang hidup......

bercakap tentang sebuah kehidupan

semua akn berkata idup sy, sy tentukan

tp hukumnya bukan begitu

kekadang kita merasakan kita sudah cukup bijak merencanakan idup

tp semua itu x semudah yang kita sangka

kadang2 kita merasakan hidup kita sudah bahagia

hidup kita suda bermakna

tp igt

jangan pernah cuba terlalu gembira dlm idup

selalu la beringat yg hidup ada naek dan jatuhnya

jangan pernah lalai dalam idup....


Jangan jugak pernah lupa

idup kita bukan kita sahaja

banyak lagi sekeliling kita

kadang2 kehidupan kita boleh direntap oleh sesiapa saya

dan pada waktu itu perkataan SABAR yg menjadikan kita manusia yg redha

bila mula kenal ape itu sabar

akan jatuh cinta pada perkataan REDHA...

Insyaallah

Allah x menduga kita dengan sesuatu yang kita x mampu

sebaliknya Allah menduga kerana Dia sygkan kita sebagai umatnya


Mula detik ini dan ketika ini

Insan ini harus tabah

Insan ini harus sabar

Insan ini harus kuat

menongkah idup bukan mudah

membina idup lebih sukar....


x banyak yg aku dambakan dalam kehidupan ini

cuma sedikit kebahgian dan kegembiran



Ya Allah bantu la hambaMu ini....