pls help me...tolong2

Monday, February 20, 2012

TAMAT

T-A-H-N-I-A-H


da terjawab kan pertanyaan kita selama 4 bulan
da terlerai suma soalan kita kan
biar ape pun jawapan
baik awk mahupun saya
kita kena redha
kadang2 benda yang kita tak nak
akan jadi benda yang paling kita perlukan suatu hari
kadang2 benda yang kita rasa benda yang menyusahkan kita
akan jadi benda yang akan tolong kita kemudian hari


jangan pernah kesal dengan keputusan awak
itu adalah sebaik2 keputusan yang boleh awk buat
kalau saya di tempat awak keputusan sama juga akan saya buat
jangan pernah menyesal
jangan pernah rasa sedey
semuanya dah di depan mata
terima dan redha itu terbaik buat kita

saya tahu
berat untuk awak
malah berat lagi untuk saya
tapi biar apa pun kesan nya
hanya masa penyembuhnya

terima seadanya
terima seikhlasnya
mungkin sekarang tidak
tapi cuba belajar
insyaallah yg kekok
akan bertukar menjadi biasa

saya bangga dengan keputusan awak
awak da buat keputusan untuk masa depan awak
di luah mati mak
di telan mati bapak
itu agaknya rasa awak
tp jgn risau awak
macam sy ckp itu keputusan paling baik


kalau di tanya sedih
memang sedih tukar jd pedih
kalau di tanya susah
memang susah tukar jd sukar
biar ape pun kemungkinan
kita boleh lalui


sabtu 18/2/2012 3.38petang
x mungkin saya lupa
x mungkin luput dr hidup saya


maap bukan saya x nak selesaikan
cuma belum cukup kuat berdepan
biar kaki melangkah laju
tp hati tetap berpaksi pd yg dulu


harapnya keputusan awak membawa sinar baru hidup awk
harapnya keputusan awk membawa kejayaan dalam hidup awk
saya tetap saya mendoakan kejayaan awak
pergi dengan tenang
pergi dengan damai
kerana damai kita aman


regards'
ayunie ayob

Wednesday, December 21, 2011

dia....

dia makin berisi...tp badannya tetap kering keding....

dia makin ceria...tp muka tetap x cerah....

mungkin dia kini bahagia

tp aku pula terlena

mungkin dia kini gembira

tp aku pula derita

mungkin dia kini da jumpa si cinta

tp aku pula idup dlm kisah lama...


hari bawa aku jauh

jauh dari kisah semalam

agar aku idup dengan tenang


Sayang mau aku buang jauh

tapi aku sendiri rapuh


andai dia bahagia

doaku ianya tetap milik dia

sedih itu tetap milik aku

^.^

Saturday, December 10, 2011

T.I.D.A.K

jangan pernah jadi manusia penipu

jangan pernah jadi manusia hipokrit

jangan pernah mencurangi persahabatan

jangan pernah menghancurkan kasih sayang

hanya kerana TERPAKSA


jangan pernah cakap suka kerana takut ada luka

jangan pernah cakap sayang kerana takut hilang

jangan pernah cakap tak apa kerana takut ku berduka

sebaliknya ucapkan

T.I.D.A.K

agarku tahu aku salah

agarku tahu aku sumbang


Harapnya persahabatan tetap utuh

biar perasaan kadang2 tak kukuh


Sayang aku untuk kalian tak pernah pudar

kasih aku untuk kalian tak pernah luntur

dan cinta aku untuk kalian semakin segar


Terima kasih untuk masa, tenaga dan segalanya

Kalian tetap di hati sang pencerita



Friday, October 28, 2011

peluang kedua

peluang kedua takkan sama dengan ngan yang asal


biar kau nafi salah mu

biar kau tepis salah mu

salahmu tetap salah mu


peluang kedua takkan mengembalikan waktu asal

biar kau penat melaung

biar penat kau bersorak


jangan pernah megah pada nama

seolah gagah pada nama

tapi kalah pada rasa.....

Wednesday, October 5, 2011

i'm proud of u babe

bangun pagi

hari rasa indah

diri rasa segar

sebab tu mandi kul 12 tengahari

angkat tangan

panjatkan doa masih diberi sebuah kehidupan


Hati rasa gembira

Hati rasa gembira

X tahu entah kenapa

Rupanya ada perkabaran gembira

ADIK

owg bangga ngan adik

owg hepi untuk adik

x sabar owg nk tgk adik t

owg rasa gembira x terhingga


Alhamdulillah

Air mata mama tumpah kegembiraan pagi ni

Papa tersenyum berbunga bangga

and of course

Owg melompat2 coz x sangka


Tapi adik igt kan

Malam2 kita bisik2

Malam2 kita borak2

Perihal masing2


Owg penah ckp ngan adik kan

Walau berat macam mana dugaan

Pasti Allah sulami jugak dengan kegembiraan

Jangan Isau idup adik masih panjang

Idup adik masih jauh

Baru sedikit rintangan adik tempuh

Banyak lagi akan mendatang


Tapi owg tahu

Adik tabah n adik kuat

Sebab tu jugak owg support adik


Adik jgan risau

Adik x pnh sorang

Kami ttp ada di belakang adik

Susah senang adik kami tetap ada


Hari ini adik dah bawak kegembiraan

Hari ini adik dah bawak senyuman

Terima kasih untuk itu

Tak sabar nk peluk adik

Tak sabar nk ucap tahniah kat adik

Tak sabar nk cium pipi adik......


Adik....

sungguh owg rindu gile nk gossip2 ngan adik

sungguh owg rindu gile nk borak2 ngan adik

sungguh owg rindu gile nk gelak2 ngan adik

sungguh satu rumah rindukan adik



Puisi untuk adik


Duhai adik..
Kelmarin aku lihat engkau
leka bermain di lumpur sejuk
mengisi kekosong dalam diri
hujungnya entah belum pasti

lantas aku menasihatimu
lumpur itu lumpur noda
yang sarat dengan sia
saki baki kehidupan nista

Duhai adik..
datanglah ke sini
sambutlah tanganku
yang ku hulur ikhlas buatmu
ya.. tangan ikhlas buatmu

Di sini tapak yang hangat
tidak lagi berbau paya
yang ada aku sediakan
sofa empuk untuk adik

Duhai adik..
Mengapa engkau masih di situ
Bermandi lumpur kotor
yang menenggelam dan melemaskanmu
yang kelak merosakkanmu

Kau kata kau kotor
selayaknya duduk di situ
kerna jika kau naiki
akan mencemar sejadah suci

Duhai adik..
Suatu masa dahulu
Aku juga seperti engkau
berada di tengah lumpur itu
tiada tahu jalan keluar

Saat itu menyesakkan
Kiri kanan tiada berdaya
Menanti dirosakkan masa
oleh hawa mengasyikkan

Duhai adik
Tahukah engkau akan hidayah?
Kurniaan Ilahi sangat indah
Namun sayang tidak diendah
dihasut nafsu kian melelah

Tangan ini bukan sentiasa
Kerna aku hanya manusia
fitrah diri datang dan pergi
menurut sunnah takdiran Rabbi

Duhai adik..
Aku masih di sini
di atas tebingan teduh
duduk bersimpuh
menghulurkan tangan

sumpah sy rindu wajah comel ini


sumpah saya rindu sentuhan itu


sumpah saya rindu senyuman ini

Friday, September 23, 2011

TerImA kAsIh TeMan



dalam menyusuri kehidupan sebagai insan

terlalu banyak rintangan dan dugaan perlu dilalui

bertitik dari sendiri mahupun orang sekeliling

tapi itu kalam Allah

semua manusia akan diuji

Tapi Alhamdulillah dalam melewati

hari-hari dalam kehidupan

diri ini x pernah bersendiri

ada saja menghulur tangan

memikul beban bersama


Syukur Ya Allah

Kau kurniakan aku

insan-insan yang sentiasa ada

saat2 aku jatuh dan tersungkur

Ku panjatkan doa buat mereka

Agar jasa dan budi mereka dibalas di sana...


Buat family tersayang

terima kasih untuk sebuah kehidupan

sungguh diri ini kenal erti kasih sayang dari kalian

terima kasih juga untuk ruang membaiki diri

terima kasih juga kerana menjunjung namaku

saat ramai yang mncaci dan membenci


Buat anda insan kesayangan

Kawan merangkap kawan saya EMA

Terima Kasih kerana menerima diri ini menjadi sebahagian diri kamu

Terima kasih kerana menampung diri takkala tenggelam

dan Terima Kasih untuk sebuah perkenalan

Sesungguhnya diri ini teramat bersyukur kamu hadir dalam diri ini


Buat insan baru CIK IDA

Terima kasih kerana mengajar saya ape itu makna sayang

Terima kasih kerana mengajar saya ape itu cinta

Tapi sejujurnya diri masih perlukan kekuatan untuk itu

Dan terima kasih untuk sebuah pengenalan dan juga kasih sayang


Buat CIK EMA & CIK IDA

Terima Kasih untuk semuanya

Sesungguhnya diri ini amat menghargai

Kehadiran kalian dalam diri ini

SAYA SAYANG KAMU


CIK EMA COMEY

CIK IDA

Saturday, September 17, 2011

bercakap tentang hidup......

bercakap tentang sebuah kehidupan

semua akn berkata idup sy, sy tentukan

tp hukumnya bukan begitu

kekadang kita merasakan kita sudah cukup bijak merencanakan idup

tp semua itu x semudah yang kita sangka

kadang2 kita merasakan hidup kita sudah bahagia

hidup kita suda bermakna

tp igt

jangan pernah cuba terlalu gembira dlm idup

selalu la beringat yg hidup ada naek dan jatuhnya

jangan pernah lalai dalam idup....


Jangan jugak pernah lupa

idup kita bukan kita sahaja

banyak lagi sekeliling kita

kadang2 kehidupan kita boleh direntap oleh sesiapa saya

dan pada waktu itu perkataan SABAR yg menjadikan kita manusia yg redha

bila mula kenal ape itu sabar

akan jatuh cinta pada perkataan REDHA...

Insyaallah

Allah x menduga kita dengan sesuatu yang kita x mampu

sebaliknya Allah menduga kerana Dia sygkan kita sebagai umatnya


Mula detik ini dan ketika ini

Insan ini harus tabah

Insan ini harus sabar

Insan ini harus kuat

menongkah idup bukan mudah

membina idup lebih sukar....


x banyak yg aku dambakan dalam kehidupan ini

cuma sedikit kebahgian dan kegembiran



Ya Allah bantu la hambaMu ini....

untuk.............




kuhabiskan hari
dari pelabuhan ke pelabuhan,
dari tambatan ke tambatan,
parit, samudra hingga terusan
tapi tetap tak mampu menahan
akhir dari laju haluan,
dan memutar buritan
Oh para nelayan, maafkan
atas ketidakberdayaan yg kulakukan
kumohon jgn beri aku kutukan

ombak bergulung tiada muara-hulu,
camar berdansa menyemburat langit ke selatan
satu titik kilas bintang jatuh,
sementara tapal batas kini sampai di hadapan

tibalah sebuah pulau yg tlah aku kenali
walau belum tiap sudutnya blm sempat kumengerti

disini
aku segera tambatkan perahu lagi,
dan disini
kuberlabuh kembali untuk kesekian kali..
setelah semua pertanda dan yg sebagiannya kini
sedang kuikuti.
yahh disini,
mgkn tak asing lagi
Aku tahu,
ini bukan singgahan baru
lama sekali tlah kujejakkan hatiku,
.......
dulu waktu.

disini ...
dahulu ...
aku
dicampakkan bagai jangkar tua
mercu suar yg tak hidup lg lampunya
lelah tapi bertahan tanpa sebabnya
dan menyimpan cinta pada apa yg tak bisa kupunya

selalu kuingat lagunya kamu,
yang tak menghiraukan syairku
slalu kuingat bodohnya kamu,
tika kau genggam mesra keras sifatmu
betapa angkuh kamu
tika beranjak dr apa yg kubawa padamu

sempat kebencianku tak terebut oleh senja yg lamban,
hingga sepanjangan malam-malamku kelam.
hitam legam makin memekatkan harapanku suram
tapi fajar pastilah datang
dan semuanya pasti tersingkirkan
tahu mengapakah?
karena bulan membalikkan arah jarum jam
bintang terbesar menatapku dalam matamu

tapi mengertikah kamu?
atau pada pngertian yg lebih sederhana
cintaku jauh lebih mengalahkan
dendam ku terbesar adalah rasa sayang
benci hanya kulit dari kerinduan
dan itu yg membuatku tetap terus berjalan

simak syairku
aku tetap mencintaimu,
Dan seperti aku mencintaimu,
cempaka, angin, daun, dan kutilang berjalin melagukan
namamu ke angkasa.

Renungi kata-kataku
Kata-kata yang lebih punyamu daripada milikku.
kata-kata merambati dinding-dinding hati namun bukan lg dariku
karena Kata-kata mulai melarikan diri dari kerumunan fikirku.
dan Kau mengisi segalanya
kata-kataku jadi ternoda oleh cinta kepadamu.
Kau mengisi semuanya.
Lalu kucoba kata-kataku jadi untaian tak berujung
lebih seperti kalung tuk kulingkarkan pada hatimu
mesti tertatih-tatih aku mengurut kata,
mesti harus terkilir tetap menyebutmu

Ini aku,
seperti dulu..
kembali mencintaimu,
tika cakrawala sia-sia saja menyembunyikanmu.
atau kau yang sembunyi dibaliknya

ini aku,
mencintaimu
walau segalanya mengepung,
membeku, membatu
atau hilang jadi debu abu

inilah aku yang mencintaimu
7 hari seminggu
tiap puluh ribu detikku

ini aku.
datang mencintaimu
membawa pesan yang telah dibisikkan
oleh laventer yg bertiup dr timur tengah,
oleh pekikan elang dr padang pasir,
oleh bangau jambul merah yg menari di bawah sakura

Kamu terlalu sempurna untukku
jg kuterima kalau hanya bisa sebatas boleh mengagumimu
kau yang buatku semakin bersyukur dengan kenikmatan-NYA..
kau telah membuatku merasakan dinginnya laut lamunan…

Aku tak akan henti menulis puisi
Karena Tuhanpun tak pernah berhenti melukis
Kusaksikan lukisan-Nya, kian indah.
itu kamu lah

meski mencintaimu
tak mampu seindah ramasinta,
tak semati romeo-juli,
tak serumit santiago-fatimah,
tak seunik asmoro-adjani,
tak seihklas ismail,
tak setulus odypuss,
tak sefanatik narcisuz,
tak sekaya karun,
dan tak seambisi fir'aun

ini aku,
mencintaimu
sederhana saja,
tak perlu metafora,
dan tak bisa hiperbola

ini aku,
tetap mencintaimu
karena seisi jagat raya ini
telah membantuku menemukanmu

dan semua pengertian hidupku
yg kucari cuma satu kata :
"Kamu"

Monday, September 12, 2011

aku di luar...


aku di luar

x tahu ape terjadi di dalam

aku di luar

x tahu siapa pemain di dalam

aku di luar

boleh pandang tak boleh rasa

aku di luar

mencongak tanpa membilang

aku di luar

di cerita aku dengarkan saja

aku di luar

ape sebenarnya mungkin rahsia

aku di luar

mungkin pemerhati yg pasti bukan pengeji

aku di luar

x tahu sapa yg salah sapa yg tidak

aku di luar

boleh mengkaji tp x pasti

yg pasti

di luar pasti aku

x mungkin akan ke dalam

di luar itu aku

dan di dalam itu

kalian........


Sunday, September 11, 2011

selepas tiga tahun....

lepas tiga tahun...

pertama kali bersua

selepas tiga tahun....

pertama kali berbicara

selepas tiga tahun...

kami bertentang mata...

yang terluah

selaras dengan rasa...

insyallah kamu tetap di hati sy

walau pun kita x mgkin bersama...

Sunday, August 21, 2011

sabar ada limit atau batasan...

cukup cukuplah aku dikaitkan dengan masalah kau dan dia


cukup cukuplah aku dikatakan punca segala sengketa


cukup cukuplah maruah aku dipijak pijak


cukup cukuplah kamu memaki cela


cukup cukuplah katakan aku pendusta....


aku juga manusia


yang bila ada masa kesabaran di tahap maksima


aku juga manusia


aku juga tahu mana yg salah dan mana yg tidak


aku juga manusia


aku juga punya otak


aku juga manusia


aku juga punya hati dan rasa


bila masa kau kata aku dustai kau


percayalah kau juga dustai aku


bila masa kau kata aku pengkhianat


rasanya kau lagi raja segala pengkhianat....


diam aku bukan lemah

diam aku bukan mksud bodoh

diam aku bukan maksud x brani bersuara

tp

diam aku kerana aku hormat

diam aku kerana dia sahabat aku

diam aku kerana aku rasa kau akan berubah

diam aku kerana aku berbudi bicara


sudah sahabat

hentikan sengketa

hentikan caci merca

hentikan tuduhan2 mu

hentikan juga kata2 ironikmu


sesungguhnya aku

masih punya rasa hormat

masih punya rasa sabar

dan masih rasa manusia berakal.....


jgn pernah jdkan owg lain sebabnya

dongak ke atas jika ada cermin

pndg ke depan jika ada cermin

dan pandanglah dengan penuh hati

bukan dengan penuh rasa

nescaya kau dpat puncanya

bahawa ianya dlm diri kau sendri.....

tepuk dada tnya selera.....


cita lalu x perlu diungkit

crita lalu x perlu berbangkit

bila aku katakan tidak

maksudnya TIDAK

sila fahami aku

aku perlu kebebasan dari cerita dlu...


sekian...

jgn pernah menunding ke arah bara

bila bara itu sebahagian awk


regards'

ayunie


Thursday, August 4, 2011

student buat sy tersentuh

da lama hati menarik untuk menulis

tp sayangnya lappy kesayangan

masuk icu untuk tujuan rawatan...


sumpah

kamu buat sy sayu

sumpah

kamu buat sy terharu

sumpah

kamu buat sy taksub


hati girang

hati riang

hati bangga

dan

hati juga berbunga2

sebabnya....


selalu sy lihat mereka berbuka bersama

selalu sy lihat mereka solat bersama

selalu sy lihat mereka bertazkirah bersama


adik-adik...

sy bangga dengan kamu

tiap kali kedengaran kamu2 mengimankan solat

hati sy berbunga sayu dan juga terpalit suka

tiap kali kedengaran bait2 tazkirah kamu

hati sy berbunga bangga dan mudah tersentuh


kamu buat saya bangga bergelar pndidik kepada kalian

kamu buat saya bangga bila masa kamu paham teguran kami

kamu buat saya terharu bila masa kamu tak terus hanyut...


harap saya...

ini bukan sementara

ini bukan juga rekaan semata2

moga ini kekal selamanya

kerana ini saja masa yg kita ada....


usia muda kamu

memungkin kan kamu alpa pada Nya

tp Alhamdulillah kamu masih kuat berpegang pada Nya

nyata nya

sy mengharapkan lebih ramai yg bersua muka

sy mengharapkan lebih ramai yg brsama anda


Dunia bukan jaminan

Tp Akhirat harus di kejar insan....


Buat kalian...

Terima Kasih kerana yakinkan

YANG

kamu patut sy banggakan

Tuesday, July 12, 2011

sekali lagi jemari menari...

sudah hampir pukul 1 pagi...agaknya otak ni perlu di repair semula utk kembali normal menikmati ape itu tido mlm yang nyenyak....ape itu mimpi dan ape itu rehat...


kecian da berumur 26thn tp blum pndai menilai wktu malam untuk tdo...biar hitam mata umpama panda....biar badan lemah umpama agar2...tp msih blm mampu mngatur waktu untuk tido...


argh bebalan dr otak yg kosong sebenarnya....maap andai kata kata x berisi dan kata x bermakna...hanya monolog dari dalaman...


tetiba di saat cuba menghargai ape itu waktu rehat, sebuah perkataan dan definasi berlegar di ruang urat belurat otak ni...KETAWA...


Ya aku tahu kau ketawakan diriku perempuan...dengan megah kau gegarkan dunia yg kau adalah pemenang...pemenang sebuah takhta yg da lama jadi milik aku..teruskan ketawa dengan megah...biar bergegar dan runtuh segala benteng kesabaran aku...harapnya tdak sbb aku nk menjadi hambaNya yg sabar....

Andai kau bersorak suka dan menyangka aku bersorak duka...tepukan buat kau...tepukan sebb kau salah menafsir perjalanan....yg pasti selayaknya bersorak suka adalah aku....suka meninggalkan erti sakit dan suka meninggalkan erti kegagalan...yg pasti nya bukan aku manusia gagal tp hakikatnya ikatan itu yg gagal...

Gagalnya bukan kerana x cukup tabah atau sabar...tp gagalnya kerana x mampu bertahan...perkataan yg terlalu besar definasinya...dan terlalu global pengertiannya...pd hakikatnya aku x nak lagi membontoti pemerintah yg acapkali menakluki banyak hati...x nak lagi terus menjadi pengikut setia yg hnya menurut kata...cukup sudah jasa dan bakti yg di tabur dan sudah sampai wktu nya hati mnjdi sebu dan mata menjadi kabur...da smpai masa untuk trus bersara dri kehidupan pemerintah...

Aku lebih mengenali sang pemerintah tanpa perlu kau kenalkan sapa dia pada aku...cukup dengan hanya nama...itu sudah memberi gambaran jelas sapa dia yg aku kenal 15 tahun dibelakang....sifatnya..gayanya..pertuturannya dan budi bahasanya...

Teruskan laungan kemegahan kau..bila smpai masa jgn kau mnjdi kecut...teruskan laungan kemenangan mu...jgn smpai masa dibalas hiba...teruskan laungan kejahilanmu....jgn smpai masa kau tahu bebelku...

mendoakan kejatuhan kau jauh sekali...mendoakan kau mati dibawa hati...jga jauh sekali...tp sebelum megah bersorak kemenangan...kenali dulu apa yg dikata...sebelum bersorak kemenangan selidik dlu apa itu perasaan...andai kata sekrang kau mula kenal ape itu bahagia cuba jga kenali ape itu derita...kerana sumpah aku kenali sape pemerintah itu....

Sekarang masa tok aku bersorak girang...bersorak tok mengatakan aku syukur tak lagi di tanah itu dan syukur aku kerana x terus berjuang di tanah yg tak menampak kan apa2 hasil pada aku...aku skrang bahagia..bahagia dengan hasil tuaian kepedihan aku...aku gembira bila aku lebih kenal sapa aku sekarang...andai kata pernah terlintas di pemikiran kau bahawa kau juara dan aku di pihak yg kalah...maap sebab insan gila yg adrenalin di tahap maksimum ni tetap juara di liga nya sendiri....maap juga sebab insan gila ini lebih bahagia dengan meninggalkan pemerintah yg seringkali menakluk dan gagal dalam tugas asasinya....

Kau tahu apa yang aku suka tentang diri aku? Aku sudah dapat buang rasa sakit dan hanya tahu tersenyum walaupun tiada siapa mengerti

Teruskan tersenyum.
Kalau kau tertanya-tanya apakah sakit bila tiada cinta, kau tidak akan jumpa jawapan daripada aku yang memegang utuh sebuah marga.
Ya, milik aku sahaja.
Sebab aku masih bernyawa.

Semoga berjaya dengan ape yg kau megahkan

p/s: monolog dgn ayat bahasa hati...

Monday, July 4, 2011

tersentuh....


kali nie hati tersentuh baca entry someone yg tercari2 cinta dia....sedih rasanya ati nie bila baca coretan yg datang dari hati dia....aku tau sbb jiwa muda dia jd dia mudah terbawa2..menyalahkan diri bila x ada yg menyintai dan dicintai...katanya mgkin dia kurang baek atau jahat itu sebab x ada yg sudi singgah di hati dia...


Adik...cayalah kamu baek insyaallah...cuma mungkin masa belum berpihak buat kamu...mungkin kamu juga sebenarnya belum bersedia untuk terikat dalam satu2 hubungan...cinta semakin dikejar semakin jauh perginya...semakin dipaksa semakin sukar nk jumpa...cuba berpegang pada kalam Allah adik yakni jodoh pertemuan di tangan Allah...biar pun sedalam mana kamu mencintai sesorang tp dia bukan yg termaktub buat kamu, dia akan tetap pergi meninggalkan kamu...Jiwa remaja kamu seringkali mendesak kamu bergerak seiring dengan rakan2 kamu...apa yg kawan2 ada kamu pun punya rasa mahukan yang sama...tapi ingt setiap insan Allah dah tentukan perjalanan yang berlainan....mungkin kamu bernasib baek dlm segi yang lain tp tidak pada mereka dan mungkin kamu kurang bernasib baek dlm segi perhubungan..


Adik percayalah Allah belum temukan kamu dengan sesorang sebb dia tahu kamu belum cukup baek untuk seseorang...Allah belum temukan kamu dengan seseorang sebb dia beri kamu peluang untuk betulkan diri kamu....Allah belum temukan kamu dengan seseorg sebb dia tahu kamu sendiri belum bijak menilai sesebuah hubungan...Allah belum temukan kamu dengan seseorang sebab dia tahu kamu belum cukup matang tentang kehidupan....


Adik biar cinta datang tanpa diundang, sbb manisnya lebih terasa..jgn dipaksa hati mencari cinta kerana kelatnya pasti terasa....cinta itu indah adik andai kata bijak menjaga perhubungan tapi cinta itu sakit adik andai hati x ikhlas.....kenali lah cinta dr mata hati tp jgn sesekali kenali dan menafsir cinta dr kata nafsu....Biar ada yg datang dan pergi dlm idup awk adik tp yg pasti nya mereka itu guru kehidupan kita..biar sakit dan pedih yg mereka tinggalkan tp ingtlah pengajaran yg mereka ajarkan...


Adik...bnyak lagi yg perlu kamu terokai sayang...dan banyak lagi yg kamu perlu kamu hadapi...jgn sesekali mengeluh dengan hidup kamu...jgn sesekali mengeluh tentang perjalanan idup kamu...syukuri dengan nikmat yg kamu perolehi...Idup hnya skali..bina kehidupan dan hiasi dengan benih2 kejayaan dan juga kebahgian....Hargai insan2 yg hadir dlm idup awk..mungkin bagi awk mereka hnya cebisan2 kecil dlm idup tapi tanpa awk sedari mereka sebenarnya pelengkap idup awk...x perlu mengapai bnda yg jauh dr awk sebaliknya belailah mereka yg dekat dengan awk....Bahagianya sesorg bukan datang dari perkataan "CINTA" tapi bahagianya sesorg kerana "KASIH DAN SAYANG"...Yg nyatanya perkataan CINTA jauh beza maknanya dengan perkataan "KASIH DAN SAYANG"....


Selami diri kamu adik dan kakak yakin kamu lebih kenal diri kamu....x ada kurangnya pada kamu cuma Allah dah tetapkan perjalanan kamu sebegitu....Biar berduka sekarang adik kerana nikmatnya pasti berkekalan lama....Orang2 yg bersabar Insyaallah ganjaran besar menanti di hadapan...Jangan mengeluh tp banyakkan berdoa...Jangan Risau dia pasti si sana...Pelengkap tulang rusuk adik pasti akan tiba jua.....Insyaallah




Sunday, July 3, 2011

buat kamu insan2 kesayangan saya....


Anak beruk di kayu rendang,
Turun mandi di dalam paya,
Hodoh buruk di mata orang,
Cantik manis di mata saya.


alhamdulillah 2 hari yg cukup gembira dan bermakna bg aku..dikelilingi oleh owg2 trsayang dan disayangi...2 hari yg ckup meninggalkan kenangan manis buat aku dan mungkin juga mereka...detik2 terindah bg aku bila masa yg aku ada digunakan sebijak mungkin dan akhirnya memberi kepuasan dan juga kenangan indah bagi aku...

tak selalu detik gembira dan bahagia bertandang dalam kamus idup aku...kebanyakkanya hnya duka dan air mata..tp Alhamdulillah aku rasa awan itu makin berarak jauh dari aku sbb apa yg aku rasa kini bahagia mengiringiku....biar ada yg trtawa ngan kisah aku yg dulu tp bagi aku kini aku akan tersenyum lebar penuh hilaian tawa bila kegembiraan dan kebahgian memenuhi idup aku..Aku dpat sokongan dr insan yg terlalu menyanjungi aku (family), aku dapat senyum manis kawan2 aku dan aku dpt hilai tawa dr adik2 kesayangan aku...

Adik2 yg bru muncul dalam idup aku ketahuilah anda bahawa anda adalah cebisan hati ini...biar x besar bekasnya tp anda tetap disini...kasih ini tulus dan ikhlas...mungkin aku x bisa mnjadi kakak yg baek pada kalian dan aku mohon maap atas kekurangan itu tp insyaallah doakan kakak anda untuk jadi yg lebih baek...x banyak yg kakak kalian ini boleh sumbangkan tp insyaallah doa kakak sentiasa bersama langkah perjuangan kalian...hari demi hari hati tersenyum melihat kalian tabah dalam mengenal dunia...ingatlah adik2 kesayangan kakak andai kata adik2 perlu tempat sokongan berpautlah pada kakak, andai adik2 kesayangan perlukan tompang tok memimpin adik2 kakak sentiasa di sini...kakak cuba mengenali kalian dengan mata hati tp bukan dengan mata kasar dan kakak akui kakak bahagia ada kalian dlm idup kakak...

2 hari bersama kalian cukup meninggalkan senyum lebar di muka yg makin dimamah usia ini..kalian ubat awek muda kakak...kalian antara benda yg paling kakak syukuri dlm idup kakak...adik2 kesayangan kakak jgn sesekali leka dalam idup, x banyak yg ditawarkan dalam idup kita...cubalah rebut setiap peluang di depan mata...kakak akui seringkali kakak risau kalian tersilap langkah dan jatuh dlm perjalanan kalian tp kakak juga harus igt bila masa kalian jatuh, itu pngajaran yg paling bermakna dlm idup kalian...

Maapkan kakak andai kata kakak x seadilnya dalam berkawan, maapkan kakak andai ada yg berkata belakang tentang kalian, kakak minta maap andai ada kata terucap mengguris kalian, kakak minta adik2 kesayangan kalian menerima diri ini seadanya dan kakak minta adik2 kesayangan kalian kenali la kakak dari mata hati jgn dri mata kasar.....Kakak hnya manusia biasa yg sntiasa diselubungi khilaf...

Apapun anda seratus kasih yg adik2 tawarkan, kakak balas dengan sejuta kasih sayang...adik2 terima kasih atas senyuman kalian dan terima kasih juga tok setiap ruang kasih sayang kalian...insyaallah di izinkan Allah talian ini tetap kekal dlm hati ini selamanya....

SUMPAH DEMI TUHAN KAKAK SAYANG SAYANG SAYANG ADIK2 .....

Tuesday, June 28, 2011

kejadian...


hari2 aku..byk yg aku saksikan dan byk yg aku terokai...dan byk jgk yg aku jdkan pedoman dan juga pengalaman...Alhamdulillah ku pnjatkan pada Allah atas nikmat kurniaan pancaindera yg dimiliki oleh aku...tp aku akui kadang2 aku tersalah guna nikmat yg Allah kurniakan pada aku..Kadang2 mata aku x terpelihara...kadang2 mulut ku terkeluar ayat cela dan kadang2 aku gunakan pendengaran tok yg tak sepatutnya...tp aku hnya manusia biasa yg biasa bergayut di dahan dosa dan ada masa berbenihkan dusta...Khilaf itu datang dari aku dan bukan sesiapa...


seringkali marah, geram dan merungut atas bnda yg x sepatutnya...tanpa igt tok bersyukur pada sumanya..itu lumrah manusia..sering kali tewas dengan keadaan dan juga emosi...namun aku syukur aku sedar tanpa aku terlewat dan terus bangkit tanpa aku terus tersasar..Walau sebesar zarah masalah yg ditimpa, pasti ada sehalus kuman sebuah pengajaran...


andai ada khilaf aku pd kamu suma..maafkan aku sbb aku bukan ahli sufi..maapkan aku sebab aku juga masih belajar tentang kehidupan...maapkan aku sebab aku jua pnya perasaan..maapkan aku sebab aku juga belum ditauliahkan sebagai guru kehidupan....aku tau pasti sepnjang 26 tahun aku, banyak khilaf ku pada pelakon2 tambahan drama arahan ku..tp yg pastinya ku mohon sejuta dari kalian suma...


Buat awak...sy tahu awk juga pelajar sebuah kehidupan yg masih perlahan berjalan dalam drama arahan awak...sy x pnh nk letakkan kesemua kesalahan pada bahu awk kerana sy tahu pastinya sy juga penyumbang kepada keadaan sekarang...andai ada kekurangan sy mohonlah padaNya supaya dibaiki, andai ada buruknya sy jgn awk simpan di dlm hati...x pnh awk atau sy mahukan ini terjadi...tp mgkin ini kelas kehidupan yg perlu awak dan saya hadapi...jdikan ini sebagai satu pengajaran buat kita dan semoga kita lebih tabah dan bersedia tok hari2 kita...selama 15 tahun mengenali awk, x semua sy tahu ttg awk dan selama tempoh tu jgk x menjanjikan yg sy arif tentang awk....


Moga hari2 mendatang kita, kita lebih bersedia dan juga tabah dlm menongkah arus sebuah drama kehidupan...semoga apa yg kita plotkan dipermudahkan ALLAH..baek awk mahupun sy pastinya impikan sebuah kehidupan yg lebih bermakna....Amin...

Sunday, June 26, 2011

bakal imamku....




untuk bakal imamku, bakal pemaisuri hatimu ini mungkin seorang yang degil, ganas, kasar, manja, mengada, dan sebagainya. bersabarlah. tabahlah.

Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang
Aku berharap
Jika nanti Allah mempertemukan kita
Kau akan selalu membimbingku
Agar aku menjadi wanita yang solehah
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga
Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat

Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku
Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat
Iaitu anak yang soleh dan solehah
Yang boleh menjunjung tinggi Agama Allah

Andai engkau ditakdirkan untukku
Ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku
Kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita
Kau boleh mencintai aku apa adanya
Dan boleh menyikapi kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan

Dan andai aku salah
Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan
Andai aku marah
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu
Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan
Andai aku lupa
Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang
Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita

Kerana
Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku
Yang bisa selalu membawa aku ke jalan yang diredhaiNya
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu.

Insya Allah. Amin Amin. hanya ini mintaku.


Wednesday, June 8, 2011

25 tahun berlalu kosong.....

salam sahabat....da lama x mencoret di dadamu ini sufi..rindu rasanya..tp kesibukan membataskan diri fi...mnjalankan tanggungjawab dan juga tugas...tp Alhamdulillah malam ini aku cuba untuk membelek helaianmu sufi..


sufi....

esk usia ku akan brganjak ke angka 26 tahun...di waktu ini terasa syukur ke hadrat ilahi kerana di beri kesempatan untuk berpijak mghadapi duri2 dan wangi2 kuntuman sebuah kehidupan...terasa kerdil dan malu plak diri ini sufi...selama 25tahun aku rasa terlalu bnyk yg telah aku sia2 kan...terlalu byk peluang yg aku lepaskan dan yg penting nya terlalu lama aku rasa aku memperbodohkan diri di atas pentas ini...Subahanallah sufi terasa sgt sgt sgt rugi sufi....kalau 25tahun diberikan pngisian yg sewajarnya byk yg bleh aku bangga kan tapi sebaliknya yg berlaku.


Selama 25tahun bernafas di bumi Allah ini x ada apa yg boleh aku bangga kan dengan idup insan bernama Noor Ayuni Ayob...blm cukup baek sebagai anak, blm cukup baek sbg kawan, blm cukup baek sbg sahabat, blm cukup baek sebagai pendidik dan yg plg penting BELUM CUKUP SEMPURNA SEBAGAI HAMBANYA...x banyak yg aku damba kan dan impikan dlm idup ni sufi...cukuplah sekadar papa n mama rasa bertuah dan bersyukur membawa Noor Ayuni Ayob ke kuntuman bunga kehidupan ini, cukuplah sekadar orang2 sekeliling aku senang dan selesa dengan aku dan juga yg penting aku nk jd Hamba yg sentiasa dekat dengan Nya...Selama 25thun ni da byk air mata dan keringat mama n papa yg tumpah...sekarang masa nya aku plak membalasnya...Allah izinkan aku ya!


Ku doakan sufi, berganjaknya angka ini juga umpama simbolik kepada penghidupan aku...meninggalkan yg kelam dan mencari sinar yg menanti...aku harapkan sufi moga perjalanan idup ini lebih mudah tanpa perlu aku terjelepok jatuh lg sufi...aku harapkan aku akan trus kuat tok menghadapi duri2 di dpan dan aku juga harapkan aku x mudah hnyut ngan wangian kebahgiaan kuntuman kehidupan..


SELAMAT HARI LAHIR YUNIE.....BERSYUKURLAH MASIH MENIKMATI SEBUAH DRAMA KEHIDUPAN...

Thursday, June 2, 2011

diari sufi 3


salam sufi....

alhamdulillah sufi ada kesempatan kite berjumpa lg...byk yg aku ingin ceritakan padamu sahabat...ada jg gembira dan ada jgk yg kurang baeknya...tapi aku tahu semua itu hikmat..


bermula dgn yg kurang baek dlu ye sahabat...fie ko tahu smlm aku ada menelefon insan yg masih ku anggap sbgai kawan baek walau pun selepas aku yg aku lalui...niatku sekadar bertnya kabar seorg rakan tp sedihnya lain plak yg jadi...harapku kami bley bercakap baik2 sja tp sebaliknya plak yg jd...ko tahu fie aku dituduh oleh sahabat ku atas bnda yg bukan kelakuanku...sedih kan sufi...sedih lg bila insan itu kwn baek aku...x pa fie biar la dia dgn anggapan nye..yg penting aku da buat sehabis baek sebagai rakan..ape yg akan brlaku seterusnya berserah di tngan Allah...x ape kan fie biar owg bnci kan kite tp jgn sesekali kite bncikan owg kan...kabar seterusnya jga kurang baek sahabatku...cuti aku di reject oleh centre head college...atas alasan semua cuti di bekukan..sakit ati aku fie ye la plan da cntik n flight nye ticket pun da bli...x pe fie aku akan cari jalan jgk..aku perlukan percutian ni utk aku lupakan kejap masalah...


seterusnya kabar gembira fie..first papa da resign...hepi aku dgr ye la papa da tua kan..da lama aku cian kan papa kena keje lagi even anak2 da besar..alhamdulillah fie salah satu niat aku da capai iaitu aku niat bila aku da keje aku x nk mama n papa keje sbb kami pun bley sara diorg...diorg da byk susah payah untuk kami jadi sekarang masa kami plak berkerja keras untuk mama n papa...rasa bangga fie..seterusnya sufi td wktu lunch hour aku g jimba2 ngan kekwn opis...g tgk jack sparrow..ko tahu kan itu film peberet aku...alhamdulillah release cikit tensen...lastly sufi td masa aku nk pegi solat maghrib, mcik aku teh ada col maklumkan yg aku dpt panggilan interview 16hb ni di alor star dr spa negeri...Syukur sgt fie..walaupun bru interview aku da bersyukur sbb Allah dengar doa aku...


Sufi ko doakan aku baek2 sj ye sahabat..dan jgn lupa doakan jgk untk interviewt tu nnti ye..sahabat terima kasih sbb sudi dgr keluh kisah aku ye sufi..sesungguhnya ko sahabat yg mendamai kan walaupun tanpa bicara...


Wednesday, June 1, 2011

diar1 sufi 2


salam sahabat....Alhamdulillah sufi ari ni ada masa utk kau...but x da apa yg berlaku hari ni cuma hari ni agak sibuk bagi aku sbb nk siapkan report final exam student..tp ada jgk yg mnganggu pikiran ku hari ni sufi..sahabatku ada maklumkan yang aku ada mendapat malu tp blum smpt plak dia nyatakan dengan jelas sebb dia jua sibuk...ku doakan sufi x ada lg cabaran yg harus ku hadapi...sufi...aku rasa smpai di sini dlu ya sahabat...jgn risau akan ku kembali tatap muka mu sayang...salam sufi..